Jalan cerita The Fairly OddParents

Cerita ini ditayangkan di bandar fiksyen iaitu Dimmsdale, yang biasanya ditunjukkan untuk berada di California utara (namun begitu di "Fairy Idol", ia telah ditunjukkan bahawa Dimmsdale disituasikan di California Selatan) tetapi juga mencerminkan tempat tinggal Butch Hartman di Michigan. Ia juga patut diambil tahu bahawa ada sesetengan episod yang telah mempunyai pengembaraan ke masa silam ke kedua-dua "Wild West" dan "Colonial" (Timur Dimmsdale). Ia mengikuti kehidupan harian oleh seorang budak 10 tahun iaitu Timmy Turner. Seorang anak tunggal, Timmy selalu dijadikan mangsa oleh beberapa musuh seperti Vicky, iaitu pengasuhnya, guru gilanya yang mempunyai obsesi dengan pari-pari, En. Crocker, buli sekolah, Francis, dan makhluk variasi yang mempunyai kuasa magik: Mama Cosmo (Ibu Cosmo), Jorgen Von Strangle, Norm the Genie, dan Pixies.

Oleh kerana situasinya yang agak muram, dia telah diberikan dua pari-pari, yang bernama Cosmo dan Wanda, yang mempunyai kuasa untuk memenuhi kehendaknya dan mereka bertanggungjawab untuk menjadikan Timmy gembira. Walau bagaimanapun, Cosmo merupakan seorang yang bodoh dan lembap, dan mereka berdua selalu mempunyai idea berbahaya; walaupun mempunyai makna, kehendaknya selalu akan tersalah. Wanda, iaitu isteri Cosmo yang lebih memahaminya mesti menguntukkan masanya kepada Timmy dan Cosmo untuk menjaga keselamatan mereka.

"Fairy OddParents (Pari-pari pelik) ini selalu mengambil berat tentang kewujudan mereka dan selalu menyamar diri mereka sebagai pelbagai haiwan dan objek di khalayak ramai, selalu dengan warna pelik mereka untuk mengenali mereka berdua: Cosmo selalu berwarna hijau muda, dan Wanda selalu berwarna merah jambu muda. Kecualian mereka adalah hanya bila mereka menjadi ikan; hanya mata mereka sahaja yang kekal sama. Selain daripada Timmy, tiada orang yang perasan burung hijau dan merah jambu yang bercakap, ataupun bantal yang ada muka.

Kebanyakan episod berakhir dengan "deus ex machina" kerana Timmy mempunyai pari-pari yang boleh memenuhi kehendaknya. Banyak episod berakhir dengan Timmy menjerit "Saya hendak semua ini kembali seperti asalnya!".

Secara purata, setiap episod mempunyai dua kartun (setiap daripadanya sekurang-kurangnya 11 minit panjang). Ada juga episod yang hanya mempunyai satu kartun (22 minit panjang).

Sekolah "Elementary" Dimmsdale merupakan sekolah yang dihadiri oleh kebanyakan watak kanak-kanak. Sekolah-sekolah lain yang pernah ditunjukkan ialah Sekolah "Elementary" Snerd dan Akademi FUN.